Fakhri Ajmal Bin Amir

إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوكل عليه، أما بعد

Segala puji bagi Allah, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat kekasihnya sang penghulu sekalian nabi, Muhammad S.A.W serta seluruh ahli keluarga dan sahabatnya.

Penulisan risalah ini bukan penulisan yang biasa mahupun tipikal. Duduk di meja, nyalakan lilin, tulis dengan yakin. Berapa banyak darah yang tumpah kerana mempertahankan risalah ini. Berapa ramai yang dipenjara kerana risalah ini. Berapa ramai yang ahli keluarganya hilang tanpa khabar, kerana risalah ini. Untuk apa risalah ini perlu diteruskan walaupun dalam ujian yang begitu berat seperti ini?

Kerana iman. Kerana iman ummat zaman ini terancam. Luar dan dalam. Bila kegelapan semakin menerpa, perlu ada wira yang teguh menjulang obor cahaya. Cahaya itu ialah Risale-i Nur, dan wira itu adalah pelajar-pelajarnya. Risalah ini ditulis secara rahsia. Kerana pemerintah yang sekular mengharamkan penulisan yang berkaitan agama. Hattakan alif ba ta pun dikira. Maka penulisan risalah ini perlu direncana. Siang mereka sebagai marhaen, namun malam mereka adalah sebagai wira. Rumah mereka terkatup rapat, tingkap ditutup ketat. Langsir dibiarkan berjurai. Supaya tidak kelihatan oleh penguasa yang hidupnya lalai. Ada yang menulis di kaki bukit, di dalam hutan, dan seluruh ceruk yang mungkin, supaya tidak dikesan oleh penguasa.

Hendak menulis risalah ini pun satu hal. Barang komoditi bukannya murah. Maka wang pendapatan sendiri jadi taruhan. Semua ini adalah jihad. Namun bukan jihad dengan pedang yang zahir, tapi jihad dengan pedang maknawi. Mesin cetak dulu tiada. Maka semuanya ditulis tangan. Salinan demi salinan, kemudian berpindah tangan, disebarkan dengan penuh rahsia. Kesannya bukan kesan yang zahir, tapi dalaman. Pembacanya mungkin hidup di kawasan yang tidak membangun, tapi jiwa mereka jiwa bertamadun. Penuh kasih sayang, rasional, berusaha menjadi orang yang lebih baik. Mereka menjadi penjaga keamanan, ketika saat yang penuh kacau bilau.

Sehinggalah saat yang dinantikan tiba. Cahaya Islam mulai sirna. Adnan Menderes caturan Tuhan. Orangnya cenderung kepada agama. Penulisan agama mula dibenarkan. Maka Risale-i Nur pantas bertebaran. Ingat para sekular dan athies bersetuju? Tentu tidak! Tapi apakan daya, mereka tewas dengan 600 000 salinan Risale-i Nur. Risale-i Nur bagaikan perisai iman. Kukuh dan menguhkan. Pembukuannya juga ada cerita. Kulit luarnya asalnya hijau. Hijau tu kan warna Islam. Tapi pengarangnya memlih warna lain. Warna merah baginya warna jihad. Maka itulah warnanya, dari dulu sehingga kini. Dulu isinya 2 bahasa, Turki mahupun Arab. Kini diterjemah lebih dari 50 bahasa. Menandakan pelajarnya berbilang bangsa. Itulah kesan penulisan yang ikhlas. Ditulis dengan matlamat dan nawaitu yang jelas. Iman itu mesti dipertahan, walau harga yang perlu dibayar adalah nyawa.

25 April 2018.