Wan Fatimah Zahra’ Binti Wan Yusoff
Mereka ada di mana-mana sahaja:
Di Barla, Isparta, Eskisehir, Kastamonu, Denizli, Afyon, Emirdag, Istanbul dan Ankara.
Mereka berada di mana sahaja Risale-i Nur berada.
Walaubagaimanapun, mereka ini jarang dapat dilihat, bahkan hampir tidak dikenali. Sebahagian daripada mereka adalah kanak-kanak, sebahagiannya mengorbankan seluruh jangka hayat mereka. Dan diakui di sana ada berbagai lapisan umur dari golongan wanita yang turut sama menyumbang dalam kerja-kerja ini.
Muda dan tua, kesemua mereka adalah “Saudara-saudara Perempuan yang Abadi” pada Bediuzzaman. Apabila beliau menyebut “Adik beradik” dalam surat-suratnya, ia termasuk mereka dari kalangan wanita serta lelaki. Kadangkala, beliau menyebut mereka secara istimewa dengan menulis “Saudara-saudara Perempuan”, memuliakan dan mendoakan khusus buat mereka.
Kerana mereka adalah “Wira-wira yang penuh dengan belas kasihan”
Kebanyakan nama-nama mereka tidak dikenali. Tetapi sebahagian daripada mereka terpahat dalam sejarah yang cerah bagi Risale-i Nur untuk dijadikan contoh tauladan kepada anak-anak murid Risale-i Nur sehingga hari kiamat.
Mereka yang namanya tidak dikenali mempunyai cerita tersendiri yang tersimpan kemas oleh Rahmat Ilahi untuk ditayangkan berulang-ulang kali di alam mendatang yang kekal abadi.










