Wan Fatimah Zahra’ Binti Wan Yusoff

“Tulislah saudaraku”, kata Ustaz.

Dan pena-pena pun mula menulis.

Dan setelah mereka lakukan, satu koleksi risalah telah dihasilkan, sama ada di kawasan tinggi di puncak bukit, menuruni lembah, di padang rumput, rumah-rumah, taman-taman dan bahkan di jalan-jalan raya.

Dan pena-pena itu tidak pernah berhenti.

Bangunan percetakan dibina di dalam rumah di kawasan kampung dan bandar, beroperasi secara senyap.

Langsir-langsir ditutup supaya tiada cahaya yang dapat dilihat dari luar. Meja-meja telah diletakkan di dalam ruang kecil. Dan di malam hari, setelah para pelajar Nur pulang dari ladang dan kilang, permulaan kerja yang sebenarnya pun bermula.

Kadang-kadang wanita akan memegang lilin sementara lelaki pula akan menulis: mereka memikul kayu-kayan di belakang mereka dan melakukan kerja-kerja rumah supaya kaum lelaki boleh menulis Risale-i Nur. Di sesetengah tempat, semua orang – lelaki dan perempuan, tua dan muda sama-sama melakukan kerja.

Mereka akan menulis dan terus menulis.

Tulisan risalah itu akan dikembalikan semula kepada penulis asalnya secara rahsia. Selepas itu, dia akan menyemak satu persatu tulisan tersebut. Kemudian, buku-buku tersebut dihantar ke tempat yang jauh di bahagian Anatolia dalam keadaan rahsia yang sama.

“Kilang Nur” dibina berdekatan dengan Hafiz Ali dan Tahiri Mutlu, sementara “Kilang Ros” dibina berhampiran dengann Husrev Altinbasak.

Satu kumpulan yang diberi nama “Ahli yang Diberkati” bergerak secara aktif di Kuleonu.

Kampung Sav, di mana risalah ditulis di dalam lebih daripada seribu isi rumah, siang dan malam, telah menjadi Akademi Risale-i Nur (Medrese-i Nuriye) yang sangat hebat.

Di sebuah kampung yang bernama Bedre, Hodja Sabri Efendi telah menjadi “Penggerak Nur”.  Risalah yang telah ditulis, disemak dan sedia untuk disebarkan akan dikumpulkan di Kampung Bedre terlebih dahulu dan akan dihantar ke seluruh pelosok Anatolia.

Kenyataan yang mengatakan mereka sentiasa berada di bawah pantauan setiap jam dalam setiap hari langsung tidak pernah melambatkan kegiatan mereka di tempat-tempat penyalinan tersebut.

“Posmen Nur” berulang alik pergi melakukan kerja. Bersama beg-beg di belakang mereka, mereka akan berjalan kaki selama berjam-jam pada waktu malam. Mereka akan berjalan merentasi hutan yang sunyi dan mendaki gunung-ganang semata-mata untuk menghantar buku-buku itu sampai ke tempat yang sepatutnya. Risalah-risalah, surat-surat, doa-doa dan bahan-bahan yang di cintai daripada guru terhadap anak muridnya dan daripada anak murid terhadap gurunya akan dipikul di atas belakang mereka dan dibawa selama berhari-hari, berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Sistem itu berputar seperti berputarnya jam tanpa mengira pemantauan dan tekanan yang mereka hadapi. Kerja-kerja yang telah dilarang daripada tempat-tempat percetakan ini, telah tersebar luas di kalangan hati sanubari orang-orang Anatolia.