Solat

1057
0
Fakhri Ajmal Bin Amir

إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوكل عليه، أما بعد

Segala puji bagi Allah, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat kekasihnya sang penghulu sekalian nabi, Muhammad S.A.W serta seluruh ahli keluarga dan sahabatnya.

“Kenapa Tuhan nak sangat kita solat ni? Apa yang dia perlu dari solat kita ni sebenarnya?”

Berikut adalah antara soalan yang dikemukakan oleh orang yang malas dalam mengerjakan solat. Ini jawapannya.

Allah Taala tidak perlu pun kepada solat kita. Bahkan sebenarnya kitalah yang memerlukan solat. Kerana pada hakikatnya, kita sedang sakit, dan solat inilah penyembuhnya. Bayangkan seorang pesakit yang datang bertemu doktor, kemudian doktor tersebut bersungguh-sungguh mengingatkannya supaya mengambil ubat, lalu dia berkata kepada doktor tersebut “Apa keperluan doktor sampai perlu paksa saya makan ubat ni?” Kan aneh tu. Dia sakit, tapi dia persoalkan pula doktor tu.

Adapun berkaitan balasan bagi orang yang meninggalkan solat seperti yang dinyatakan dalam Quran, bayangkan seorang raja yang prihatin menjaga kebajikan serta hak rakyatnya. Mana-mana rakyat yang cuba melakukan jenayah, pasti akan dihukum. Maka orang yang meninggalkan solat, sebenarnya dia telah mengabaikan hak dirinya. Maka dia telah melakukan jenayah, dan layaklah baginya menerima hukuman.

Orang yang meninggalkan solat ini akan menafikan kewajipannya, serta tidak dapat melihat hikmahnya.

Tunaikanlah solat. Sebelum kita disolatkan.

24 April 2018