Wan Fatimah Zahra’ Binti Wan Yusoff

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat kekasihNya nabi, Muhammad S.A.W serta seluruh ahli keluarga dan sahabatnya.

Artikel yang bakal kalian baca di bawah ini adalah hasil terjemahan daripada teks Khutbah Jumaat pada 6 April 2018 yang lepas.

Salam Jumaat Kepada Seluruh Umat Islam Yang Mulia!

ولا تستوي الحسنة ولا السيئة ادفع بالتي هي أحسن فإذا الذي بينك وبينه عداوة كأنه ولي حميم

وعن النواس بن سمعان رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ البر حسن الخلق، والإثم ما حاك فى نفسك، وكرهت أن يطلع عليه الناس ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏

Dalam ayat yang saya bacakan, Tuhan Yang Mahakuasa memerintahkan, ” (Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan) dalam tingkatan rinciannya, karena sebagian daripada keduanya berada di atas sebagian yang lain. (Tolaklah) kejahatan itu (dengan cara) yakni dengan perbuatan (yang lebih baik) seperti marah, imbangilah dengan sabar, bodoh imbangilah dengan santunan, dan perbuatan jahat imbangilah dengan lapang dada atau pemaaf (maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah menjadi teman yang setia) maka jadilah yang dulunya musuhmu kini menjadi teman sejawat dalam hal saling kasih mengasihi, jika kamu mempunyai sikap seperti tersebut.

Rasulullah (s.a.w.) menyatakan dalam hadith yang saya bacakan, ““Kebaikan adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah apa saja yang meragukan jiwamu dan kamu tidak suka memperlihatkannya pada orang lain.” (HR. Muslim)

Wahai saudaraku lelaki dan perempuan!

Kebaikan adalah tujuan penciptaan yang paling asas. Allah, yang telah menciptakan manusia, yang memberi tumpang, melindungi dan memaafkan manusia dan melindunginya dengan rahmatNya, telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapa di antara kita yang melakukan perbuatan yang lebih baik. [3]

Kehidupan yang kita alami adalah satu perjalanan kebaikan. Manusia adalah pengembara yang datang ke dunia ini untuk percaya dan melakukan perbuatan baik. Manusia dicipta untuk melakukan perbuatan baik, pemberi manfaat serta mulia, dan menunjukkan tingkah laku yang baik. Adalah tugas pertama manusia untuk menghindari dan mencegah perbuatan jahat, salah laku dan bahaya.

Wahai orang yang beriman!

Kebaikan hanyalah nama watak orang yang beriman dan semua bentuk penyembahan untuk memberi kesan kepada kita. Kebaikan adalah semua nilai yang menjadikan kita manusia. Dan ciri yang paling penting yang iman kita mahu adalah supaya kita menjadi orang beriman yang baik, anak-anak yang baik, ibu bapa yang baik, jiran yang baik, sahabat baik dan orang orang yang baik.

Kebaikan adalah seruan kepada iman dan Islam. Kadang-kadang ia adalah moral yang tinggi, kebajikan dan semangat baik yang tinggi. Kadang-kadang ia adalah amal, sadaqah dan zakat. Kebaikan kadang-kadang senyuman dan pelukan, kata yang baik dan wajah tersenyum. Kebaikan adalah usaha untuk menjadi baik dan menyebarkan perbuatan baik dengan sahabat yang baik. Ia adalah kedudukan tertinggi dalam iman dan ibadah.

 

Wahai Muslim yang dihormati sekalian!

Kebaikan adalah untuk menjadi pendamping kepada kesepian, bahu bagi yang letih untuk berehat, tempat perlindungan untuk yang memerlukan. Ia menyambut pelarian, melindungi anak yatim, membantu orang tua. Kebaikan adalah memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan; untuk berkongsi kekuatan, pengalaman, kekayaan, cinta dan belas kasihan seseorang tanpa harapan untuk memperoleh sesuatu manfaat yang bersifat material.

Kebaikan adalah belas kasihan, pengorbanan, keadilan, dan kasih sayang. Ia diperlukan untuk berada di samping orang yang tertindas dan menentang penindas. Kebaikan adalah solat, doa, dan salam. Sepasang tangan yang mengatakan “Ameen” pada masa kesusahan adalah kebaikan. Satu perbuatan baik kadang-kadang menanam pokok, tapi pada yang lain ia memberi makan seekor binatang lapar. Ia adalah makanan yang dikongsi bersama dengan jiran-jirannya, dan memberikan petunjuk jalan kepada mereka yang sesat.

Wahai Orang yang beriman!

Tamadun Islam telah menjalankan pergerakan amal dan bantuan selama berabad-abad. Yayasan  amal yang tak terkira bilangannya telah ditubuhkan ataş dasar tujuan ini. Bangsa kita telah menjadi tempat perlindungan bagi mereka yang dizalimi dan ansar kepada muhajirun melalui organisasi-organisasi ini.

 

Wahai manusia yang dihormati!

Malangnya, perbuatan baik ini telah hilang dek kejahatan pada zaman kita. Kejahatan mengepung dunia kita pada siang hari dan manusia beransur-ansur kehilangan nilai-nilai tinggi seperti hati nurani, keadilan, dan belas kasihan dengan berlalunya hari.

Dalam dunia sedemikian, mestilah ideal bagi kita semua untuk membuat kebaikan dominan dan untuk mencegah kejahatan. Kerana itu adalah perlu untuk kita untuk mengatakan “Tidak lagi!” kepada kejahatan dengan tangan, lidah, dan hati kita. Janganlah kita lupa bahawa “perbuatan baik menghapuskan kesalahan.” [4] Dan kejahatan akan mengambil alih tempat bagi setiap perbuatan baik yang kita abaikan.

 

Wahai Orang yang beriman!

Marilah kita berseru kepada Allah pada hari yang mulia ini dan berkata: Wahai Tuhan! Jadikanlah kami di antara hamba-hamba yang beruntung yang dapat membina jambatan kebaikan dan kasih sayang di antara hati-hati kami!

Tuhanku, berikanlah kepada kami apa yang baik di dunia ini dan apa yang baik di akhirat dan peliharalah kami semua dari pedih azaba pi neraka. [5] Tuhanku! Ampunilah kami serta ibu bapa kami dan orang-orang yang beriman pada hari pengadilan! [6]

[1] Fussilat, 41/34.

[2] Muslim, Birr, 14.

[3] Mulk, 67/2.

[4] Hud, 11/114.

[5] Baqarah, 2/201.

[6] Ibrahim, 14/41.

Ketua Direktor Jabatan Agama.