Fakhri Ajmal Bin Amir

إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوكل عليه، أما بعد.

Segala puji bagi Allah, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat kekasihnya sang penghulu sekalian nabi, Muhammad S.A.W serta seluruh ahli keluarga dan sahabatnya.

Pada suatu hari, seorang raja yang pemurah berkenan untuk memberikan 2 orang hamba sahayanya, A dan B, 24 keping emas dan menghantar mereka ke sebuah taman mewah milik penguasa itu yang mana jaraknya ialah 2 bulan perjalanan. Raja itu berkata kepada mereka berdua: “Gunakan wang ini sebagai tiket kamu, dan belilah segala keperluan untuk rumah kamu di taman itu nanti. Kamu akan menemui satu stesen yang mana jaraknya dengan taman itu ialah satu hari perjalanan. Kamu juga akan menjumpai pelbagai kemudahan lain. Manfaatkanlah wang ini”.

A dan B terus melaksanakan perintah raja mereka. A telah membuat langkah yang bijak. Dia membelanjakan sedikit wang itu dalam perjalanan ke sebuah stesen dan menjalankan perniagaan yang sangat menguntungkan. Adapun B, dia membelanjakan 23 kepingan emas itu untuk berjudi dan juga untuk bersuka-ria. 1 kepingan emas masih berbaki. A berkata kepada B: “Gunakan 1 kepingan emas ini untuk membeli tiket kenderaan supaya kamu tidak perlu berjalan dalam perjalanan yang panjang dan kebuluran. Lagipun, raja kita itu sangat baik hati. Mungkin dia akan mengampuni kamu, memberi kamu peluang untuk menaiki kapal terbang, dan kita akan sampai ke destinasi bersama-sama.

Raja itu adalah Pencipta kita. A mewakili orang yang menunaikan solat manakala B mewakili yang sebaliknya. 24 kepingan emas mewakili 24 jam sehari. Stesen itu mewakili kubur, manakala taman itu adalah syurga. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Namun semua orang mempunyai kewajipan yang sama iaitu solat. 1 jam sehari sudah memadai untuk melakukan solat 5 waktu, termasuk juga mengambil wuduk. Adalah satu kerugian bagi orang yang sentiasa berseronok sepanjang hidupnya dan gagal memperuntukkan hanya 1 jam sehari untuk menunaikan solat.

A atau B. Kita pilih sendiri.

24 MAC 2018