Fakhri Ajmal Bin Amir

إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوكل عليه، أما بعد.

Segala puji bagi Allah, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat kekasihnya sang penghulu sekalian nabi, Muhammad S.A.W serta seluruh ahli keluarga dan sahabatnya.

Entri Tamparan Kasih Sayang sebelum ni menceritakan tentang ujian yang dialami oleh Sheikh Bediuzzaman Said Nursi. Kali ni, kita akan bercerita tentang ujian yang dihadapi oleh sebahagaian anak murid beliau.

Haqqi Afandi

Ketika beliau sedang bertugas berkhidmat kepada Al-Quran, beliau ditujukan kepada seorang penguasa yang kejam sifatnya. Kerana khuatir akan keselamatan dirinya dan Sheikh Bediuzzaman, beliau menyembunyikan risalah Risale-i Nur yang ada padanya, serta memilih untuk meninggalkan tugasnya. Namun ketika itulah dia menerima peringatan. Dia menerima tuntutan yang memerlukan beliau untuk membayar sebanyak 1000 lira jika ingin bebas dari tuntutan tersebut.  Dia berada dalam keadaan tertekan selama setahun, dan membuat keputusan untuk kembali berkhidmat dengan Al-Quran. Maka Allah menyelamatkan dan melepaskannya dari kesusahan tadi.

Dia menyambung pekerjaan dengan menyalin Al-Quran dengan tulisan yang baik. Namun, disebabkan dia merasakan dia perlu memenuhi tuntutan hidup, dia telah memohon pekerjaan untuk menjadi pegawai kerajaan tanpa pengetahuan Sheikh Bediuzzaman. Pada saat itu, peringatan yang agak keras kembali kepadanya. Jari yang selama ini dia gunakan untuk menulis Al-Quran telah patah.

HULUSI

Dia merupakan tokoh penting yang mengabdi kepada Al-Quran. Ketika dia berangkat dari Egridir ke kampungnya, ia mendapat kesempatan untuk menikmati pelbagai kesenangan duniawi. Hal ini menyebabkan dia lemah semangat dalam mengabdi kepada Al-Quran. Ia tinggal di kotanya dengan memakai pakaian tentera lengkap dan berpangkat tinggi. Walaupun begitu, dia terpaksa berhadapan dengan golongan munafik selama 2 tahun. Mereka tidak memberikan kesempatan padanya untuk menikmati dunia, bahkan membuatkannya jauh dari dunia, manakala dunia pun menjauh darinya. Akhirnya dia kembali berkhidmat dengan Al-Quran serta berpegang dengannya bersungguh-sungguh.

Tamparan kasih sayang membuat mereka kembali kepada Al-Quran. Kita?

17 MAC 2018