Fakhri Ajmal Bin Amir

إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوكل عليه، أما بعد.

Segala puji bagi Allah, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat kekasihnya sang penghulu sekalian nabi, Muhammad S.A.W serta seluruh ahli keluarga dan sahabatnya.

Bisa jadi seorang murid yang sangat tulus kepada seorang guru yang tidak sempurna menjadi lebih sempurna dari gurunya. Ia terima pengajaran gurunya lalu kemudian menjadi guru bagi gurunya.”

Petikan perenggan dari Risale-i Nur ini bukanlah sebagai nasihat semata-mata, tetapi sebenarnya mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Terdapat seorang lelaki yang dikurniakan sejumlah anak murid dan pengikut yang sangat ramai. Namun tiada sesiapa yang tahu bahawa bahawa lelaki itu menyimpan satu rahsia yang besar. Lelaki itu bukan beragama Islam!

Apa yang menghairankan, pengajarannya sentiasa berunsurkan perkara yang baik yang selari dengan kehendak Syari’e. Ini menybabkan tiada seorang pun anak muridnya yang mengitahui bahawa guru yang mereka sanjung itu bukan beragama Islam.

Salah seorang dari anak murid lelaki yang bukan Islam ini mengikuti pelajarannya dengan penuh tekun dan ikhlas serta sentiasa mengamalkan pelajaran gurunya itu. Hingga satu peringkat, beliau berjaya mencapai kedudukan maqam yang tinggi. Pada ketika ini, barulah dia menyedari bahawa gurunyaitu bukan beragama Islam. Dalam pada itu, gurunya juga menyedari bahawa rahsianya telah terbongkar.

Ketika mereka bertemu, anak murid yang berjaya mencapai maqam yang tinggi ini berkata kepada gurunya yang bukan Islam: “Saya berjaya sampai di peringkat ini kerana pengajaran tuan. Maka, saya tidak akan meninggalkan tuan hanya kerana tuan bukan beragama Islam.” Semenjak itu, anak murid ini membimbing gurunya lantas menyebabkan guru tersebut akhirnya memeluk Islam. Berdasarkan kisah inilah, Syeikh Bediuzzaman Said Nursi mengarang rangkap penulisannya seperti di atas.

Ikhlas itu, sememangnya penting.

3 Mac 2018