Wan Fatimah Zahra’ Binti Wan Yusoff.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat kekasihNya nabi, Muhammad S.A.W serta seluruh ahli keluarga dan sahabatnya.
Semalam cuaca dekat Istanbul sangat best. Nak cakap panas tak panas, nak cakap sejuk tak sejuk. Sesuai sangat kalau keluar pergi jalan-jalan. Tapi semalam, saya mampu tengok dari tingkap pejabat sahaja sebab ditaklifkan dengan pelbagai kerja yang dah mula menimbun. Bila dah masuk fasa pra-pekerjaan (baca: internship) ini, lumrah sangat kalau balik kerja ni penat, lapar, stress sebab kerja bertimbun dan lain-lain.
Saya masih berlagak tenang menyiapkan kerja satu-persatu sampailah waktu pejabat habis. Kalau ikutkan, hati ni berat nak tinggal pejabat sebab kerja masih tak siap lagi. Ehem. Mana nak cari pelajar latihan industry yang berkarisma macam ni? (eh maaf, terpuji diri sendiri). Macam biasa, lepas dah kunci office, saya akan bergerak turun menaiki lif untuk meneruskan perjalanan balik di rumah. Setiap staff yang saya jumpa sebelum melangkah keluar dari syarikat yang saya tengah bekerja sekarang saya akan cakap “Görüşürüz” yang bermaksud “jumpa lagi”.
Sampailah saya menuruni tangga untuk menuju ke train Metro. Sebab teringat yang duit dalam Istanbul Kart dah hampir tiada, saya terus menuju ke mesin menambah baki. Dan kebetulan, Allah takdirkan di situ ada orang Arab Saudi. Usai saya menambah wang dari machine, dia tegur saya. “English or Arabic”? Saya senyum. Saya jawab. “انشاء الله، كلاهما”. Memang dua-dua Bahasa tu sahaja yang saya guna di sini.
Dia minta saya tolong belikan kad di machine sebab tulisannya semua dalam Bahasa Turki. Telan air liur jugak tapi saya guna konsep Tawakkal je la sebab Bahasa Turki pun saya masih merangkak lagi. Alhamdulillah berjaya.

Selepas tu saya tanya lagi, “الى اين انتما؟” yang bermaksud awak berdua nak kemana. Sebab masa itu dia dan suaminya di depan machine tu. Dia bagitau nak ke Taksim. Oh! Saya mengangguk tanda faham. Saya pun apa lagi terangkan dekat dia train mana yang dia patut ambil untuk ke sana. Bukan apa, sebab dah rasa sesat dekat Turki sorang-sorang bila salah naik train. Dahla malam. Serik oi.
Baru saja nak melangkah untuk ke train nak balik rumah, orang Arab Saudi tu pegang lengan saya lepastu hulur kad tadi yang masih panas panas keluar dari mesin. Dia kata tak jadi nak ke Taksim sebab suami dia tetiba kata takut lambat sebab esok pagi-pagi lagi dah nak fly ke Arab Saudi balik. Eh, saya pun cakap simpan je kad ni buat kenangan. Semanis mungkin ayat yang keluar dari mulut ni sebab nak tolak pemberian beliau. Dia berkeras nak suruh saya ambil jugak sebagai hadiah. Sebab masa tu dah nak Maghrib dan nak balik rumah cepat, terima je lepastu ucap terima kasih.

Dalam train, senyum sorang-sorang bila teringat kejadian tadi lepastu teringat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi,
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُوْنَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ ، تَغدُوْ خِمَاصًا ، وتَرُوْحُ بِطَانًا
Dari Umar bin al-Khatthab Radhiyallahu anhu , dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sungguh-sungguh tawakkal kepada-Nya, sungguh kalian akan diberikan rezeki oleh Allaâh sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung. Pagi hari burung tersebut keluar dalam keadaan lapar dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.”
Dapat İstanbul Kart free free tu rezeki tau.
Istanbul, Turki.
15 March 2018.










