Fakhri Ajmal Bin Amir

إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوكل عليه، أما بعد.

Segala puji bagi Allah, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat kekasihnya sang penghulu sekalian nabi, Muhammad S.A.W serta seluruh ahli keluarga dan sahabatnya.

Terwujud oleh sebab

Terbentuk dengan sendirinya

Tuntutan alam

Pada tahun 1922 Masihi, Sheikh Bediuzzaman Said Nursi, seorang ulama masyhur di Turki, telah mengunjungi Ankara. Beliau melihat pada ketika itu , orang-orang Islam sedang bergembira dengan kemenangan Islam ke atas tentera Yunani. Namun disebalik kegembiraan itu, beliau mengsan elemen-elemen athiesm yang menyusup masuk dalam kalangan mereka seperti keluarnya 3 ungkapan seperti yang di atas. Beliau lantas menulis sebuah risalah bagi membanteras fahaman tersebut.

Beliau telah mengemukakan jawapan berdasarkan logik akal yang amat bernas:

Sebuah kedai ubat mempunyai ratusan bekas yang mengandungi pelbagai bahan kimia. Kerana sebab-sebab tertentu, kita memerlukan ubat yang mujarab untuk mengubati demam. Kedai ubat itu sudah semestinya mengandungi pelbagai bahan kimia dan ubat yang bermanfaat bagi mengubati demam. Setelah dianalisa, ubat-ubatan ini telah diproses berdasarkan ukuran tertentu. Sekiranya ubat itu tidak menepati komposisi yang ditetapkan, khasiatnya akan hilang, bahkan mungkin mampu memudharatkan.

Sekarang, bagaimanakah ubat-ubatan ini mampu diproses dengan ukuran yang sangat tepat? Adakah secara kebetulan? Atau pun ada gegaran yang berlaku di kedai ubat tersebut sehingga membolehkan bahan-bahan kimia itu bergabung dengan sendirinya membentuk ubat-ubatan yang bermanfaat?

Tidak ada ungkapan yang lebih malang melainkan ungkapan yang mengandungi unsur kekufuran seperti ini. Sekiranya penciptaan alam ini bergantung kepada ‘sebab’, sudah tentu akan berlakunya percampuran unsur-unsur lain yang mampu mempengaruhi kejadian alam ini.

Maha Suci Allah, tuhan yang menciptakan sekalian alam.

21 Februari 2018