Wan Fatimah Zahra’ Binti Wan Yusoff
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat kekasihNya nabi, Muhammad S.A.W serta seluruh ahli keluarga dan sahabatnya.
Ketika itu ada satu sosok tubuh yang mulia tengah berjalan di sebuah kawasan yang sangat lapang. Sekali pandang sudah tahu sosok tubuh inilah yang sentiasa memperjuangkan Islam. Yang tak lekang di bibirnya zikir dan tasbih. Perwatakannya yang sentiasa tenang membuatkan ramai yang senang dengan sikapnya. Betapa indahnya sifat sesorang itu apabila dia mengikuti setiap bait bait hadis dan Quran yang diturunkan Tuhan. Tidak lain tidak bukan dialah sang wali Allah, Said Nursi Badiuzzaman.
Ketika dia sedang berjalan itu, datang sekumpulan anjing ganas yang tengah menyalak berlari sepantas kilat menuju ke arahnya. Cuma menunggu masa sahaja mahu diterkam wali Allah itu. Dengan tenang, wali Allah itu mengangkat tangannya. Lalu berkata, “Aku kawanmu”.

Tidak semena-mena anjing yang galak lagi garang menyalak itu senyap. Yang tadi gagah mahu menerkam tiba tiba-tiba tunduk duduk di atas jalan. Subhanallah Maha Suci Allah. Haiwan sendiri sudah mampu menilai peribadi sesorang apatah lagi kita manusia yang berakal lagi boleh berfikir.
Oleh itu, cuba latih diri kita untuk sentiasa melihat kebaikan dalam setiap perkara. Kerana insyaAllah ada sesuatu yang Tuhan mahu tarbiah. Mungkin tarbiah Allah itu jawapan yang kita cari. Peribadi sesorang sudah cukup menggambarkan siapa dia di akhirat sana. Keika Allah masih memberi peluang kita bernafas hari ini, pintu untuk kita bertaubat masih sahaja terbuka luas.
Pilihannya cuma pada kita sama ada mahu melangkah ke dalamnya ataupun terus berada di tempat yang sama yang mana tidak menjamin apa apa pun kepada kita. Kalau langkahan ini yang menjadi asbab kita memperoleh kebahagian abadi, lantas apa yang kita mahu tunggu lagi?
Istanbul,Turki.
3 Mac 2018.










