Wan Fatimah Zahra’ Binti Wan Yusoff
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat kekasihNya nabi, Muhammad S.A.W serta seluruh ahli keluarga dan sahabatnya.
Suasana pada malam itu sangat hening. Disebabkan malam itu malam Jumaat, ramai keluar berjalan-jalan untuk menghabiskan masa dengan keluarga. Tambahan pula tiupan angin dari Laut Bosphorus turut menyenangkan siapa sahaja yang lalu lalang di situ. Namun begitu, detik itu tidak bertahan lama.
Entah dari mana, datang segerombolan pengganas menutup jambatan Bosphorus yang dipenuhi dengan ramai rakyat berbangsa Turki. Tak semena-mena mereka menembak sesiapa sahaja yang berada di situ. Juga jet jet yang bertebaran di langit yang tak henti-henti melemparkan ledasan. Jambatan yang tadinya kedengaran gelak ketawa manusia, menjadi jambatan berdarah diiringi dengan ledasan senjata api. Seramai 250 orang rakyat terbunuh pada malam itu. Mereka semua tidak tidur malam kerana pengganas pengganas itu biasanya akan menggeledah rumah rumah yang mereka ingini.
Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Racep Tayep Erdogan, dalang kepada keganasan ini berlaku berpunca daripada Fethullah Gullen yang sekarang tengah menetap di United Kingdom. Mereka membuat tuduhan terhadap president Turki itu, Racep Tayep Erdogan sedang berusaha untuk menghentikan kuasa secular di Turki. Oleh itu mereka ingin merampas kuasa dan menjatuhkan Racep Tayep Erdogan.
Tuduhan itu agak tidak berasas apabila rakyat Turki bangkit untuk melawan keganasan dan mempertahankan presiden mereka. Laungan AllahuAkbar bergema di bumi Istanbul pada malam itu. Bukan senjata yang dipegang, malah bendera kebanggaan negara Turki.Sebagai negara yang mengamalkan kebebasan demokrasi, akhirnya keganasan itu berjaya ditumpaskan dan misi perampasan kuasa menemui kegagalan.

250 orang rakyat Turki yang terbunuh semasa kejadian diberikan penghormatan oleh Racep Tayep Erdogan kerana mempertahankan negara mereka. Erdogan juga berjanji yang beliau akan pastikan sesiapa sahaja yang terlibat dan bersubahat dalam keganasan ini akan dikenakan hukuman yang setimpal.
Bukan itu sahaja, jambatan yang dulunya dikenali Jambatan Bosphorus telah ditukar nama sebagai Jambatan Berdarah 15 Julai kerana menyaksikan pertumpahan darah yang sangat dasyat pada ketika itu.

Alhamdulillah, kuasa di Turki masih berpegang di tangan orang Islam. Kalau tidak, mungkin sahaja azan kembali dilaungkan dalam Bahasa Turki. Nauzubillahi min zalik.
Istanbul, Turki.
5 April 2018








